Thursday, May 13, 2010

KUMPULAN USTAZ JAMALUDIN JUSOH DAN Insentif STAF HPA

ATURCARA PERJALANAN UMRAH 2010

07 JUN GA 821 KUL/CGK ETD 1210 ETA 1310
07 JUN GA 982 CGK/JED ETD 1525 ETA 2100
17 JUN GA 983 JED/CGK ETD 2000 ETA 0940
18 JUN GA 818 CGK/KUL ETD 2010 ETA 2310

SEMUA JEMAAH DIMINTA BERKUMPUL DI ARAS 5 KUANTER J PADA JAM 9.00 PAGI PADA 7 JUN 2010
Hari 01 07 Jun 2010 Kuala Lumpur – Jakarta - Jeddah
Jemaah diminta berhimpun di lapangan terbang KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Berlepas jam 12.10 Tgh dengan pesawat Garuda Airlines. Transit sekejap di Airport Jakarta dan terus ke Jeddah.Wakil muassasah akan menjemput jemaah untuk urusan pengangkutan ke Madinah. Tiba di Hotel dan aturcara bebas.
Hari 02 08 Jun 2010 Madinah
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa menziarahi maqam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a dan seterusnya Perkuburan Baqi.
Hari 03 09 Jun 2010 Madinah
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kota Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Kilang Percetakan al Quran seterusnya ke pasar kurma.
Hari 04 10 Jun 2010 Madinah - Makkah
Selepas makan tengah hari pakai pakaian ihram di bilik penginapan kemudian berangkat ke Makkah al Mukarramah. Dalam perjalanan singgah di Masjid Bir Ali untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Sampai di Makkah naik ke bilik masing-masing. Sejam kemudian jemaah akan dibawa ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
Hari 05 11 Jun 2010 Makkah
Bebas


Hari 06 12 Jun 2010 Makkah
Selepas sarapan jemaah akan dibawa menziarahi Ladang Tenusu Unta, Muzium Kaabah dan seterusnya bermiqat di Hudaibiyah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.
- Ziarah Hudaibiyyah jam 9.00 pagi berkumpul di lobi hotel.
Hari 07 13 Jun2010 Makkah
Bebas
Hari 08 14 Jun2010 Makkah
Selepas sarapan, para jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah Jabal Rahmah, Nameirah, Mina Jamarat Muzdalifah, Jabal Noor dan seterusnya bermiqat di Jaranah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.
- Ziarah sektar kota Makkah Mukarramah jam 8.30 pagi berkumpul di lobi hotel.
Hari 09 15 Jun – 16 Jun 2010 Makkah
Bebas
Hari 11 17 Jun 2010 Makkah – Jeddah - Jakarta
Para jemaah diminta mengerjakan Tawaf Wida pada jam 10.00 pagi dan pada jam 11..00 tengahari semua jemaah akan bertolak ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah untuk pulang ke tanah air dan singgah sebentar makan tengahari di Masjid Terapung di persisiran laut Mer.ah.
Hari 12 18 Jun 2010 Jeddah - Amman
Berlepas jam 8.00 malam dan tiba di Airport Jakarta jam 09.40 pagi dan para peserta terus di bawa ke hotel Trinity dan makan malam disediakan dan peserta check out jam 6.00 petang dan terus ke Airport Jakarta.
Hari 12 18 Jun 2010 Kuala Lumpur
Pesawat Garuda Airlines berlepas jam 8.10 malam dan tiba di KLIA jam 11.10 malam.

*Semua jadual lawatan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan jadual penerbangan dari masa ke semasa tanpa sebarang notis*

PROGRAM TAZKIRAH AKAN DI BERI SETIBANYA JEMAAH DI MADINAH MUNAWWARAH.

No comments:

Post a Comment