Thursday, May 13, 2010

KUMPULAN INSENTIF KONVEK 2009

ATURCARA PERJALANAN UMRAH 2010
KUMPULAN INSENTIF JUN
07 JUN RJ 181 KUL/AMN ETD 2210 ETA 0515
09 JUN RJ 720 AMN/JED ETD 0100 ETA 0310
20 JUN RJ 721 JED/AMN ETD 0030 ETA 0230
21 JUN RJ 180 AMN/JED ETD 0210 ETA 1925

SEMUA JEMAAH DIMINTA BERKUMPUL DI ARAS 5 KUANTER J PADA JAM 7.00 MALAM PADA 7 JUN 2010
Hari 01 07 Jun 2010 Kuala Lumpur – Bangkok - Amman
Jemaah diminta berhimpun di lapangan terbang KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Berlepas jam 10.10 mlm dengan pesawat Royal Jordan Airlines. Singgah sekejap di Airport Bangkok untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
Hari 02 08 Jun 2010 Amman
Pesawat tibadi Airport Queen Alia Amman jam 0515 pagi. Wakil dari Malhas Tours akan menjemput semua peserta menaiki bas menuju ke Hotel Queen Alia untuk menginap. Sarapan disediakan . selepas makan tengahari para peserta berkumpul di Lobi hotel jam 12.30 tengahari untuk sessi lawatan di sekitar Bandar Amman. Selesai lawatan jemaah kembali ke Hotel untuk solat Maghrib/Isyak dan makan malam disediakan. Jemaah chech out jam 9.00 malam dan terus ke Airport Amman untuk penerbangan ke Jeddah.
Lawatan di Amman :-
1. Ashab Al-Khaf – dikenali sebagai seven Sleepers Cave (kisah 7 wali yang tertidur berates tahun di Gua Ashab Al-Khaf)
2. Laut Mati – kedudukan paras laut yang terendah di dunia dan tiada sumber ikan kerana objek sentiasa terapaung di permukaan laut dan juga sumber garam terbesar di dunia.
3. Wadi Shuib – terletaknya makam Nabi Shuib yang terpanjang di dunia dan masjid yang di bina oleh kaum Nabi Shuib.
Hari 03 09 Jun 2010 Amman - Jeddah
Berlepas ke Jeddah jam 1.00 pagi dan tiba di Airport Jeddah jam 03.10 pagi. Wakil muassasah akan menjemput jemaah untuk urusan pengangkutan ke Madinah. Tiba di Hotel dan aturcara bebas.
Hari 04 10 Jun 2010 Madinah
Selepas sarapan pagi jemaah akan dibawa menziarahi maqam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a dan seterusnya Perkuburan Baqi.
Hari 05 11 Jun 2010 Madinah
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kota Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Kilang Percetakan al Quran seterusnya ke pasar kurma.
Hari 06 12 Jun 2010 Madinah - Makkah
Selepas makan tengah hari pakai pakaian ihram di bilik penginapan kemudian berangkat ke Makkah al Mukarramah. Dalam perjalanan singgah di Masjid Bir Ali untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Sampai di Makkah naik ke bilik masing-masing. Sejam kemudian jemaah akan dibawa ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
Hari 07 13 Jun 2010 Makkah
Bebas
Hari 08 14 Jun 2010 Makkah
Selepas sarapan jemaah akan dibawa menziarahi Ladang Tenusu Unta, Muzium Kaabah dan seterusnya bermiqat di Hudaibiyah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.
- Ziarah Hudaibiyyah jam 9.00 pagi berkumpul di lobi hotel.
Hari 09 15 Jun2010 Makkah
Bebas
Hari 10 16 Jun2010 Makkah
Selepas sarapan, para jemaah akan dibawa menziarahi Jabal Thur, Padang Arafah Jabal Rahmah, Nameirah, Mina Jamarat Muzdalifah, Jabal Noor dan seterusnya bermiqat di Jaranah. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram di hotel dan membawa ihram semasa ziarah.
- Ziarah sektar kota Makkah Mukarramah jam 8.30 pagi berkumpul di lobi hotel.
Hari 11 17 Jun – 18 Jun 2010 Makkah
Bebas
Hari 13 19 Jun 2010 Makkah – Jeddah - Amman
Para jemaah diminta mengerjakan Tawaf Wida pada jam 2.00 petang dan pada jam 4..00 petang semua jemaah akan bertolak ke lapangan terbang King Abdul Aziz di Jeddah untuk pulang ke tanah air.

Hari 14 20 Jun 2010 Jeddah - Amman
Berlepas jam 12.30 pagi dan tiba di Airport Amman jam 2.30 pagi dan para peserta terus di bawa ke hotel Alia Gate Away untuk menginap (Sarapan ,makan tengahari dan makan malam disediakan di hotel. Lawatan sampingan boleh diuruskan dengan pihak Malhas Tours. Para peserta check out jam 10.00 malam terus ke Airport Amman.
Hari 15 21 Jun 2010 Amman – Kuala Lumpur
Pesawat Royal Jordan berlepas jam 2.10 pagi dan tiba di KLIA jam 7.25 petang. (Pesawat akan transit di Bangkok).

*Semua jadual lawatan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan jadual penerbangan dari masa ke semasa tanpa sebarang notis*

PROGRAM TAZKIRAH AKAN DI BERI SETIBANYA JEMAAH DI MADINAH MUNAWWARAH.

No comments:

Post a Comment